Monday, March 30, 2009

Program Kehamilan Biodex.. Info Produk Sepintas Lalu..


Untuk Program kehamilan Biodex, sila emailkan kepada saya perkara berikut dan terangkan satu persatu ke syikin72@gmail.com / syikin72@yahoo.com


1) Masalah yang anda hadapi :
~> umur :
~> berat badan, :
~> kitaran haid :
~> masalah senggugut :

2) Berapa lama anda berkahwin :

3) Adakah anda menghadapi masalah fibroid / cyst / PCOS / endometriosis

4) Nyatakan info suami anda :-
~> berat badan :
~> masalah kesihatan / sperm rendah :

5) Adakah anda sering menghadapi masalah keguguran

6) Adakah anda sedang menjalani rawatan kesuburan

dan segala masalah yg berkaitan dengan kesuburan anda. setelah membaca email anda, saya akan syorkan produk yg sesuai untuk anda dan cara pengambilan akan saya berikan selepas anda membeli dari saya.

Sila ambil Perhatian!! Untuk Program kehamilan Biodex, khidmatrunding dan cara pengambilan akan saya berikan selepas anda membeli dari saya. Beli dari tempat lain, saya tak buat consultation ye.. Harap Maklum!

http://img.photobucket.com/albums/v723/syikin72/glitterstar.gif
biodexlogo.gif image by syikin72


Te
Produk Biodex merupakan kombinasi herba seperti manjakani, kacip fatimah, madu

Produk Biodex merupakan kombinasi herba seperti manjakani, kacip fatimah, madu serta digabungkan dengan bahan lain seperti klorofil, spirulina, bijirin, perubatan sinseh, ayurveda dan perubatan Islam. Formula tersebut dibuat dalam bentuk pemakanan dan minuman, perlu diambil setiap hari.

Rangkaian produk PKB terbukti berkesan untuk membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita, menstabilkan hormon, menguatkan rahim serta dan menurunkan berat badan.


Produk bagi Program Kehamilan Biodex (PKB) ini perlu diambil dengan cara yang betul mengikut masalah anda hadapi. Lain orang lain punca masalah dan ada cara pengambilannya. Pastikan anda membeli dari Stokist yang boleh memberikan khidmatrunding untuk memastikan wang yang anda keluarkan tidak sia-sia tanpa nasihat yang betul.

Syikin sendiri telah menghadiri Seminar PKB yang dianjurkan oleh pihak Biodex dan telah pelajari cara penggunaan PKB yang betul dan Insya Allah akan memberikan panduan pada customer yang membeli dari Syikin.

Sedikit Info tentang masalah mendapat zuriat.. Untuk pada yg telah berumahtangga lebih dari setahun dan masih gagal mendapat zuriat, saya cadangkan anda membuat pemeriksaan dari pakar sakit puan untuk memastikan tahap kesuburan dan mengenalpasti punca anda belum hamil. Setelah masalah anda dikenalpasti, baru kita boleh cadangkan produk yg sesuai.

biodexlogo.gif image by syikin72Tiga Langkah

WM : RM 78 EM : RM 89.70 B$ : $45
- Membantu mencuci saluran tiub falopio yang mungkin tersumbat oleh lendir - lendir atau
darah.
- Ia juga membantu menyelesaikan masalah sengugut, period tidak lancar
( sedikit ) atau tidak datang period langsung setiap bulan.
- Sangat digalakkan diambil pada waktu period.
- Jika sewaktu period darah masih banyak pada hari ke - 5 @ 6 dan tiada
tanda - tanda untuk berhenti, HENTIKAN dahulu pengambilan Body Lift dan
sambung kembali selepas 10 @ 15 hari haid berhenti dan mulakan dengan
1/2 sachet Body Lift sahaja atau boleh menukarkan kepada Unique Coffee untuk
pencucian yang lebih lembut.
- Jika kebiasaan period 10 -15 hari ( tempoh lama ) dan darahnya agak banyak
tidak digalakkan mengambil Body Lift kecuali jika keluaran darahnya sedikit - sedikit
( tidak lawas )

Jika badan gemuk @ obesiti - Teruskan pengambilan hingga mendapat berat badan ideal. Anda boleh membuat penjimatan dengan mengambil Unique Coffee untuk maintain.
Jika badan sederhana / kurus - Hadkan pengambilan Body Lift sehingga 1 @ 2 kali period sahaja.
Jika badan terlalu kurus - Jangan mengambil Body Lift dahulu, naikkan berat badan mengikut cara pemakanan Supreme Diet.

* Minum lebih banyak air putih.
* Kurangkan atau elakkan makanan yang mengemukkan.
* Pastikan badan sihat sewaktu pengambilan Body Lift ini, jika demam, hentikan pengambilan buat sementara waktu.
* Jika anda mengalami masalah seperti pening - pening, migrain atau kesan kepanasan anda bolehlah lebih meminum air atau kurangkan dosnya kepada 1/4 @ 1/2 @ selang 2 hari makan sekali. Body Lift jangan diambil melebihi pukul 3 petang atau malam.
* Pastikan anda membuang air besar lancar sewaktu program ini. Jika tidak ambil Beautea


WM : RM 32 EM : RM 36.80 B$ : $18
- Ia membantu membersihkan usus yang kotor, membuang lemak dibahagian perut dan usus. Amalkan sehingga keadaan menjadi normal.
- Sangat sesuai untuk mengatasi sembelit dan panas dalaman.
- Diminum 1 uncang atau waktu pengambilan boleh diambil mengikut kesesuaian.
- Bertindak selepas 8 jam pengambilan.
- Diambil bila perlu sahaja.

Cara penggunaan: Diminum 1 uncang atau waktu pengambilan boleh diambil mengikut kesesuaian.

WM : RM90 EM : RM103.50 B$ : $52
UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN
- Mengandungi lebih 20 enzim, mineral, zat dan vitamin yang diperlukan.
- Minum 1 sachet waktu malam atau 3 hingga 4 jam sebelum tidur.
- Jangan ambil makanan berat pada sebelah malam seperti nasi. Lebihkan protein seperti ikan, sayur dan buah-buahan.
- Jika terlalu kurus, ambil Supreme Diet selepas makan tengahari dan makan malam. Jika berat badan telah meningkat kepada berat yang ideal, kurangkan kepada 1 sachet sehari. Jika belum hamil tetapi berat badan telah bertambah, sila ikut program pencucian menggunakan Body Lift atau Unique Coffee.
- Teruskan pengambilan Supreme Diet jika period datang lewat atau ketika hamil.




WM : RM138 EM : RM158.70 B$ : $75
- Membantu untuk wanita yang menghadapi masalah berkaitan dengan hormon yang sukar hamil.
- Tidak boleh diambil pada waktu period.
- Jika ada cyst atau ketumbuhan, anda digalakkan mengambil Noni Chewable Tablet untuk menguatkan sistem badan.
- Bagi mereka yang menghidap penyakit endometriosis atau fibroid atau berkaitan dengan dengan darah anda tidak boleh mengambil woman lobata tetapi digantikan dengan Noni Chewable Tablet.

Cara penggunaan: 1 sachet tanpa dibancuh setiap malam. Dikemam di bawah lidah sebelum meminum air. Boleh ditambah dengan serbuk Milo atau Horlick jika rasa kurang selesa.

WM : RM58 EM : RM66.70 B$ : $33
Mengandungi Manjakani, Kurma, Spirulina, Prune, Klorofil dan madu yang membantu menguatkan immune badan, menguatkan rahim dan melancarkan peredaran darah.
- Sangat sesuai untuk yang mudah keguguran.

WM : RM 98
- Mengandungi susu awal kambing dan lembu yang kaya dengan khasiat kalsium, zat dan vitamin yang diperlukan ibu dan kandungannya.
- Boleh menghindar bayi dari penyakit demam kuning.
- Boleh mengelakkan penyakit darah tinggi / pening, sakit sendi sewaktu kehamilan.

Cara penggunaan : Diminum waktu pagi dan malam sebelum tidur.

Skyherbs Honey
WM : RM 59.90
SKYHERBS HONEY
Herba ini baru mendapat perhatian dari para pengamal ubatan herba kerana ia mempunyai kandungan bioflavonoid dan Saponin yang tinggi yang jauh lebih tinggi dari gingko biloba , ginseng , kacip fatimah ,saw palmatto dan tongkat ali.
BIOFLAVONOIDS
• Bioflavonoid semulajadi ini mampu membesarkan saluran darah serta memperbaiki peredaran darah
• mengurangkan kandungan kolesterol yang tidak baik LDL
• mengurangkan dan mengimbangkan tahap gula dan bertindak sebagai anti pengoksida.

SAPONINS
• Saponin ( Sapogenin glycoside) yang tinggi dalam buah tunjuk langit dapat membantu meningkatkan pembinaan darah
• Meningkatkan penghasilan hormon lelaki
• Melancarkan saluran penafasan mententeramkan otak dan memperbaiki insomnia
• Menguatkan hati dan mengelakkan kesan kemabukan terhadap toksin yang dimakan.
• Menghilangkan kelesuan, memtenteramkan otak dan memperbaiki insomnia.
• Melambatkan proses penuaan


http://img.photobucket.com/albums/v723/syikin72/glitterstar.gif


pregnant womenMASALAH SUKAR DAPATKAN ZURIAT.

Definisi Ketidaksuburan:

Sekurang - kurangnya setelah setahun mencuba untuk hamil dan yang sering mengalami keguguran.


Untuk Hamil :-

1. Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya ( ovulasi ).
2. telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus ( rahim ).
3. Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim.
4. Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dalam rahim.

5. Masalah yang menggangu dalam salah satu langkah yang dinyatakan tadi adalah dianggap penyebab ketidaksuburan.


Kira - kira 1/3 kes ketidaksuburan berkaitan dengan wanita dan 1/3 daripada lelaki dan selebihnya adalah campuran faktor - faktor yang dikenalpasti.

Penyebab Ketidaksuburan:

1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan.
2. Tanda - tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.



Penyebab lain :

1. Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis.
2 Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst.

Selainnya umur, stress, pemakanan seharian yang tidak elok, latihan olahraga, terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan, merokok, alkohol, penyakit kelamin dan masalah kesihatan yang disebabkan hormon.



TIPS-TIPS DAN INFO UNTUK ANDA YG INGIN HAMIL

1. Jangan minum ais dan juga makan ubi kayu ketika datang haid kerana angin boleh memudaratkan.
2. Produk Program Kehamilan Biodex perlu diambil berterusan. Sekiranya anda ambil tanpa disiplin,mengakibatkan produk tak berkesan kerana badan anda sudah immune dgn produk tersebut.
3. Pengambilan pil kesuburan Clomid berterusan melebihi 6 bulan boleh mengakibatkan masalah bengkak rahim
4. Niat dan focus untuk hamil, fikir positif, elakkan stress ketika mengambil PKB.
5. Elakkan makanan yg tajam seperti nenas, rebung, tapai, ubi kayu, tembikai, air kelapa dan tebu.