Monday, March 30, 2009

Syikin.. dan kisah susah hamil.. syahdu beb...




Susah dapat zuriat.. masalah yang memang teramatlah sensitifnye.. Sebenarnya Syikin pun antara manusia yg terpilih sukar mendapatkan zuriat. Syikin kawin tahun 2000, lepas setahun tak dapat baby, mula buat treatment. Memula kat Pusrawi. Masa buat blood test, confirm syikin tak subur. Setahun treatment kat Pusrawi dengan ambik clomid, tak gak ngandung. Masa tu berat dari 55kg dah naik 65kg. Lepas buat HSG, syikin ngandung tapi baby meninggal dalam perut masa usia kandungan 5 1/2 bulan, masa tu bulan January 2003.

Bulan Jun 2003 syikin buat treatment kat Pusat Pakar HUKM . Dan syikin disahkan mengalami masalah PCOS. Treatment dia bermula dengan pil subur – clomid. Setiap bulan dari hari ke 2 sampai ke 6 syikin ambik clomid 2 biji sehari. Pas tu start hari ke 10, 12, 14, 16 dan 18 syikin akan berulang lagi kat HUKM untuk scan – dia akan buat `follicle tracking’, ukur size telur kita. Selama tiga bulan berturut-turut buat treatment ni, dr dapat trace yang telur syikin kecik-kecik je… menurut dr, biasanya kalau ukuran telur kita 20mm, kira normal dan berpotensi untuk menjadi benih tapi telur syikin yang paling besar pun 18mm je. Bila telur ni dah cukup matang, doctor bagi syikin injection untuk pecahkan telur dan 36 jam lepas injection, kita bersama dengan suami. Mungkin takde rezeki agaknya, 3 kali treatment tak gak mengandung. Lepas tu doktor rekemen syikin buat IUI. Memandangkan masa tu dah nak puasa (tahun lepas), syikin pun bercadang nak buat treatment tu lepas raya.

Dalam pada tu, waktu subur syikin bersama gak dengan suami dari hari ke 12, 14, 16, 18 & 20. Lepas raya syikin tunggu time period sebab nak sambung treatment kat HUKM. Tunggu punya tunggu tak gak period. Dah masuk 3 minggu, syikin pun gi le klinik buat pregnancy test, nak buat sendiri tak confident. Masa doctor cakap congratulation puan, confirm pregnant, terkejut besar syikin.. Alhamdulillah.. Rezeki Allah.. Bulan Ogos 2004 syikin dah selamat bersalin dan dapat baby girl. Dan doktor pakar cakap, kalau saya nak zuriat lagi, saya perlu mengulangi lagi rawatan kesuburan yg menelan belanja beribu ringgit.

Bila ada kengkawan yg mengadu susah nak dapat zuriat, teringat apa yg Syikin alami dulu.. Bila taip pengalaman ni, rasa nak menitiskan air mata je sebab rasa bersyukur sangat atas kurniaan allah menganugerahkan zuriat, berkat bulan ramadhan lepas. Kepada kengkawan yang ada masalah kesuburan tahap seperti syikin, tak salah kalau nak mencuba cara syikin terutama menjelang puasa ni. Kita sama-sama kongsi pengalaman sebab syikin paham sangat perasaan kengkawan semua terutama bila raya orang tanya `hai, takde lagi ke???’... pedih hati tuhan je yang tahu..

Tapi sesungguhnya Allah tu sebaik baik perancang.. rupanya dugaan masa lalu menjadi pengalaman paling berharga.. kini syikin mampu memberikan bantuan dengan pengalaman kesusahan yang lalu.. untuk membantu wanita yang senasib..

Kini hidup syikin bahagia bersama suami dan 2 puteri.. Khayrin Nuraina & Khayrin Nuraisya..

0 comments: